Website Kerajaan Di Godam...


PETALING JAYA: Pemantau keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia mengesahkan wujudnya ancaman sekumpulan penggodam untuk menyerang laman web kerajaan,www.malaysia.gov.my.
Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik melalui di http://i.imgur.com/PTFWh.png itu bukan palsu dan CyberSecurity telah bersiap sedia berdepan tindakan penggodam terbabit secara serius.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri menegaskan, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memaklumkan kepada semua pihak berkaitan dan agensi kerajaan supaya bersiap sedia dengan ancaman tersebut.
Katanya, pihak terbabit akan mengeluarkan kenyataan media masing-masing berhubung perkara berkenaan.
"Semua ancaman siber akan ditangani secara serius kerana sifat-sifat persekitaran siber yang saling berkait rapat sejajar dengan namanya, 'world wide web' dan 'Internet'," katanya dalam emel kepada mStar Online di sini, Selasa.
Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.
Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweetmemaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.
Sementara itu, kumpulan itu pada petang Selasa menjelaskan di laman web Pastebin, mereka merancang mahu berbuat demikian kerana mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk yang terkini melibatkan laman perkongsian fail seperti Pirate Bay.
Anonymous juga menuduh kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.
“Kami bimbang tindakan anda akan merampas terus kebebasan manusia, maka kami rasa bertanggungjawab untuk bertindak tanpa belas kasihan,” menurut kenyataan kumpulan itu.
(Sumber : mStar Online)

SKMM Halang Akses Ke 10 Laman Perkongsian Popular...



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan surat berikut kepada ISP (internet service provider) Malaysia untuk menghalang akses kepada 10 file hosting popular.
10 laman file hosting yang dihalang akses ialah:
  1. http://www.warez-bb.org/
  2. http://thepiratebay.org/
  3. http://www.movie2k.to/
  4. http://megavideo.com/
  5. http://www.putlocker.com/
  6. http://www.depositfiles.com/
  7. http://www.duckload.com/
  8. http://fileserve.com/
  9. http://www.filestube.com/
  10. http://www.megaupload.com/
Alasan yang diberikan ialah kerana 10 laman berikut digunakan untuk perkongsian bahan-bahan cetak rompak digital.
Buat masa sekarang, hanya P1 WiMax telah menurut arahan SKMM untuk menghalang akses ke 10 laman di atas, dan berkemungkinan ISP lain juga akan berbuat demikian tidak lama lagi.
Kami telah melakukan survey ringkas di beberapa blog dan forum popular, jelas menunjukkan ramai orang tidak menyokong tindakan SKMM menghalang file hosting. Menurut pendapat ramai, adalah kebebasan masing2 untuk membuat apa sahaja di internet seperti mendownload video, berkongsi file2 menarik dan lain-lain sedangkan pengguna membayar harga yang tinggi setiap bulan untuk bil Internet.

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) pada 1 Jun 2011 yang bertujuan membantu para siswazah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Di bawah skim tersebut, siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) selama setahun.

Mereka juga layak menerima elaun minimum RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut.

Selain didedahkan dengan kemahiran seperti 'soft skills', siswazah berkenaan turut menerima latihan dalam kerja dan akan dibantu untuk mencari kerja tetap selepas tamat latihan.

SL1M dilaksanakan berdasarkan kejayaan program latihan singkat oleh Bank Negara kepada siswazah dari keluarga miskin dan ia terbukti berjaya meningkatkan keyakinan diri peserta.

Menurut satu kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri, semua graduan Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang mencapai purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 2.5 layak memohon SL1M.

Antara syarikat yang menyertai program tersebut ialah Affin Bank Berhad, Axiata Group Berhad, Malayan Banking Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Untuk maklumat lanjut tentang  program pelaksanan dan cara permohonan,syarat SL1M ini,anda boleh melayari laman sesawang yang menghubungkan SL1M  pada tajuk pautan dibawah





Panduan Report LI...

Past Year Question...


NEW!!!!!!!!!!!!!!!!

F5105 - Interactive Java DIS 2007
F5105 - Interactive Java PSP
F5107 - Web Programming DIS 2007

F5105 - Interactive Java Programming(sample1)
F5105 - Interactive Java Programming(sample2)
F5107 - Web Programming(sample1) 
F5107 - Web Programming(sample2)  
F5107 - Web Programming(sample3)  
F5108-Network Security(sample1)
F5108-Network Security(sample2)
F5108-Network Security(sample3) 



Note Semester 6...

NEW!!!



***Note Web Programming latest...




BeSdAy GuRlZ...

















Tetamu

hit counters

Berita Penting!!!

SeLaMaT DaTaNg
Ke BloG
CyBeR WoRlD

Jika Terdapat Sebarang
Maklumat Terkini
Sila Postkan Komen Anda
Di Zon Sembang...



My InFo

My photo
Hello all.... Let me introduce myself k... my full name is EdDy SaUfI BiN HuSnI... my friends call me ad... I live somewhere in Perak... If i say that place sure u all will knew were i live... my age now is 22 next year phm2 la noh... this year i continue my studies in Ipoh... in 1 of the Politechnic in Malaysia called PUO and i will gradute soon... I have 2 go now... thanx to all that add me... see ya... :)

ZoN SeMbAnG...


FrEnS...

Movie Download

.: sYok.Org :