Website Kerajaan Di Godam...
PETALING JAYA: Pemantau keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia mengesahkan wujudnya ancaman sekumpulan penggodam untuk menyerang laman web kerajaan,www.malaysia.gov.my.
Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik melalui di http://i.imgur.com/PTFWh.png itu bukan palsu dan CyberSecurity telah bersiap sedia berdepan tindakan penggodam terbabit secara serius.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri menegaskan, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memaklumkan kepada semua pihak berkaitan dan agensi kerajaan supaya bersiap sedia dengan ancaman tersebut.
Katanya, pihak terbabit akan mengeluarkan kenyataan media masing-masing berhubung perkara berkenaan.
"Semua ancaman siber akan ditangani secara serius kerana sifat-sifat persekitaran siber yang saling berkait rapat sejajar dengan namanya, 'world wide web' dan 'Internet'," katanya dalam emel kepada mStar Online di sini, Selasa.
Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.
Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweetmemaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.
Sementara itu, kumpulan itu pada petang Selasa menjelaskan di laman web Pastebin, mereka merancang mahu berbuat demikian kerana mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk yang terkini melibatkan laman perkongsian fail seperti Pirate Bay.
Anonymous juga menuduh kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.
“Kami bimbang tindakan anda akan merampas terus kebebasan manusia, maka kami rasa bertanggungjawab untuk bertindak tanpa belas kasihan,” menurut kenyataan kumpulan itu.
(Sumber : mStar Online)
12:13 PM
|
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
- September 2012 (1)
- May 2012 (1)
- July 2011 (2)
- June 2011 (4)
- April 2011 (4)
- February 2011 (1)
- September 2010 (1)
- May 2010 (3)
- April 2010 (2)
- March 2010 (2)
MeNARiK...
Berita Penting!!!
My InFo
- XbOYz_017
- Hello all.... Let me introduce myself k... my full name is EdDy SaUfI BiN HuSnI... my friends call me ad... I live somewhere in Perak... If i say that place sure u all will knew were i live... my age now is 22 next year phm2 la noh... this year i continue my studies in Ipoh... in 1 of the Politechnic in Malaysia called PUO and i will gradute soon... I have 2 go now... thanx to all that add me... see ya... :)
0 comments:
Post a Comment