Nahas tragis lampu isyarat

Keadaan lori, kereta dan motosikal yang terbabit kemalangan di persimpangan Seri Negeri di Ayer Keroh, semalam.

Keadaan lori, kereta dan motosikal yang terbabit kemalangan di persimpangan Seri Negeri di Ayer Keroh, semalam.

Kenderaan hilang kawalan rempuh 4 motosikal, 3 kereta, 2 lori lain 

Ayer Keroh: Dua terbunuh, manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan di kawasan lampu isyarat persimpangan Seri Negeri, di sini, semalam. 

Mangsa yang maut ialah pemandu lori, R Chandran, 47, dan penunggang motosikal, R Mukeudan @ Mukundan, 62. 

Chandran yang tersepit di tempat duduk dalam remukan lori mati di tempat kejadian, manakala Mukeudan maut dirempuh lori. 

Kejadian jam 3.20 petang dipercayai berpunca akibat lori dipandu Chandran yang berisi muatan dedak ayam, tiba-tiba hilang kawalan ketika menuruni bukit di persimpangan itu. 

Rosak teruk 

Ia kemudian memasuki Jalan Ayer Keroh-Tun Razak sebelum merempuh empat motosikal, selain sebuah PERODUA Kancil, Honda City, PROTON Iswara dan dua lori termasuk sebuah membawa muatan pasir. 
Tinjauan mendapati hampir semua kenderaan terbabit mengalami kerosakan termasuk tiga motosikal yang rosak teruk. PERODUA Kancil dan PROTON Iswara pula remuk di depan manakala Honda City remuk di belakang. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian Chandran bersama kelindannya, M Balan, 30, yang cedera dari arah Jasin menuju Alor Gajah. 

Hilang kawalan 

“Sejurus selepas melepasi bulatan Seri Negeri menuju ke persimpangan Seri Negeri, lori dipandu Chandran dipercayai tiba-tiba hilang kawalan,” katanya. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Lokman Hakim Sulaiman, pula berkata pihaknya mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan seorang daripada dua mangsa yang terbunuh itu. 

Sementara itu, pemandu PROTON Iswara, R Siva Kumar, 32, kejadian itu berlaku dengan pantas dan tidak sempat untuk mengelaknya. 

Katanya, ketika itu dia bersama keluarga baru keluar dari Pasar Raya Mydin menuju ke Kesang, Jasin. 

“Secara tiba-tiba lori merempuh kereta saya menyebabkan ia terbabas ke tepi. Namun dalam masa sama, saya nampak seorang penunggang motosikal di hadapan melompat menyelamatkan diri,” katanya.

0 comments:

Post a Comment








Tetamu

hit counters

Berita Penting!!!

SeLaMaT DaTaNg
Ke BloG
CyBeR WoRlD

Jika Terdapat Sebarang
Maklumat Terkini
Sila Postkan Komen Anda
Di Zon Sembang...



My InFo

My photo
Hello all.... Let me introduce myself k... my full name is EdDy SaUfI BiN HuSnI... my friends call me ad... I live somewhere in Perak... If i say that place sure u all will knew were i live... my age now is 22 next year phm2 la noh... this year i continue my studies in Ipoh... in 1 of the Politechnic in Malaysia called PUO and i will gradute soon... I have 2 go now... thanx to all that add me... see ya... :)

ZoN SeMbAnG...


FrEnS...

Movie Download

.: sYok.Org :